Nasional

PRN: Penamaan calon 29 Julai, mengundi 12 Ogos

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan diadakan serentak melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.

BACA DUN Terengganu bubar esok

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, seramai lebih 9.73 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2023, yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023, katanya.

BACA DUN Selangor Bubar Secara Rasmi Hari Ini

“Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN Ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi dewan berikut: 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi DUN Pulau Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan. – SM

BACA DUN Kelantan bubar hari ini

BACA DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai

BACA DUN Pulau Pinang rasmi bubar hari ini

 

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button