NasionalNegeriPendidikan

Raja Muda, Raja Puan Muda sempurnakan Festkon UniMAP 2023

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Festival Konvokesyen (Festkon) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2023 di Dataran Boulevard, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyaksikan persembahan sempena Festkon UniMAP 2023 di Dataran Boulevard, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau.

Hadir sama Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli dan isteri.

Festkon UniMAP 2023 ini dianjurkan dari 15 hingga 21 November 2023 sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-18 UniMAP pada tahun ini.

Penganjuran ini yang bertemakan “Retro 80-an” merupakan tradisi tahunan UniMAP yang keseluruhannya diuruskan sendiri oleh pelajar-pelajar yang pada kali ini diketuai oleh M. Kathiravan.

Festkon UniMAP 2023 ini diadakan bertujuan untuk meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran di UniMAP.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan barisan petugas yang mengendalikan Festkon UniMAP 2023 di Dataran Boulevard, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah program-program ilmuan mengenai kesihatan, keagamaan dan banyak lagi.

Festival ini juga telah mendapat penyertaan sebanyak 40 gerai jualan dan seramai 25,000 pengunjung sepanjang 7 hari penganjurannya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berada pada barisan bersama pelajar dan graduan menyaksikan persembahan sempena Festkon UniMAP 2023 di Dataran Boulevard, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau.

Kumpulan muzik pop rock Floor 88 menghiburkan ribuan yang hadir di majlis penutupan tersebut. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button