Nasional

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut disyaki didera

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai didera di sebuah rumah di Nusa Bestari, berhampiran Iskandar Puteri, semalam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pada pkul 12.20 tengah hari oleh kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas kanak-kanak lelaki itu dihantar ke hospital oleh ibunya.

“Pemeriksaan ke atas kanak-kanak lelaki itu mendapati terdapat kecederaan di mulut, lebam di hadapan dan belakang badan dipercayai akibat didera.

“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama ibu dan kekasihnya serta seorang adik dan seorang kakak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan bedah akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.


Susulan kejadian itu, polis telah menahan ibu kanak-kanak itu yang berusia 35 tahun dan teman lelakinya yang juga berusia 35 tahun untuk siasatan manakala dua adik-beradik mangsa dihantar ke HSA untuk pemeriksaan kesihatan.

Kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau dalam penderaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mendera kakak mangsa sebelum ini dan mempunyai empat rekod kesalahan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.– SM

(Visited 26 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button