Nasional

DUN Terengganu bubar esok

KUALA TERENGGANU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubar pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkembangan itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan rasmi di media sosial Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, pembubaran itu telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Terdahulu, Ahmad Samsuri menghadap Sultan Mizan di Istana Syarqiyyah, di sini kira-kira jam 8.30 pagi pada Selasa bagi memohon perkenan tarikh pembubaran DUN.

Bermula Rabu, Terengganu akan ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga pembentukan kerajaan baharu selepas PRN nanti.

Terengganu yang mempunyai keseluruhan 32 DUN termasuk enam negeri yang dijadualkan akan mengadakan PRN di samping Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah.

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button