fbpx
Nasional

Mangsa banjir di Johor meningkat 798 orang

687 ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)

JUMLAH mangsa banjir di empat daerah di Johor hari ini meningkat kepada 798 orang daripada 206 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 687 orang di pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata melalui kenyataannya, kesemua mereka ditempatkan di 16 PPS di Kulai, Pontian, Batu Pahat dan Muar.

1,210 mangsa banjir di Johor, Pontian paling terjejas | Nasional ...

“Seramai 292 daripada 82 keluarga masih berada di lima PPS di Muar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi, SK Orang Kaya Ali, SK Batu 18, SK Parit Bulat serta SK Seri Menanti.

“Di Batu Pahat pula, 205 orang daripada 44 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SK Peserai, Sekolah Agama 3 Serangkai dan SK 3 Serangkai,” ujar beliau.


Tambah beliau, di Pontian, 282 daripada 75 keluarga berada di tujuh PPS iaitu SK Seri Bukit Panjang, SK Seri Bunian, SK Kampung Melayu Raya, SK Agama Kayu Ara, SK Belokok serta SK Penerok dan SK Sanglang.

Di Kulai pula, seramai 19 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button