Nasional

Kanak-kanak 15 bulan maut leher tersangkut kain buaian

KANAK-KANAK perempuan meninggal dunia akibat lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, semasa kejadian, pengasuh menidurkan kanak-kanak yang berusia 15 bulan itu di dalam buaian berkenaan di dalam bilik.

“Hasil siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu diberikan susu sebelum ditidurkan kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Pengasuh berkenaan keluar dari bilik itu pada pukul 2 petang untuk melakukan tugas lain.
“Pengasuh masuk semula ke dalam bilik sejam kemudian dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.

“Pengasuh terus mengambil kanak-kanak itu daripada dalam buaian dan terus melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi mangsa tidak bernafas semula dan pengasuh bergegas membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Sendayan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nanda berkata, kanak-kanak itu sempat dirawat oleh doktor namun, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang oleh doktor bertugas.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala mayatnya dihantar ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ), bagi bedah siasat untuk siasatan lanjut,” katanya. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button