Hiburan

4 selebriti mengerjakan umrah Ramadan ini

EMPAT selebriti tanah air Faizal Ismail, Saharul Ridzwan, Zulin Aziz dan Bell Ngasri akan menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini bersama jemaah umrah di bawah syarikat Syabibah travel & Tours.

Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours, Faizal Ismail berkata idea pembabitan selebriti popular dalam pakej umrah itu timbul untuk menarik lebih ramai jemaah menyertai program umrah itu.

“Idea untuk membawa golongan selebriti untuk menyertai program umrah ini tercetus selepas saya ditawarkan untuk menjadi duta merangkap Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours.

“Saya anggap tawaran yang diberikan ini adalah sebagai rezeki kerana ia memberi peluang kepada saya untuk mengerjakan umrah dengan mudah.

“Pada masa sama, saya terfikir juga untuk membawa bersama golongan selebriti untuk menyertai program umrah ini. Golongan artis juga adalah berpengaruh media sosial. Jadi apa salahnya jika kita guna populariti yang mereka ada untuk tujuan murni ini,” katanya.

Sementara itu, Zulin Aziz yang akan menyertai program umrah itu pada pertengahan Ramadan ini berkata tawaran tersebut boleh dianggap sebagai hadiah perkahwinan daripada Allah.

“Saya terima tawaran ini selepas saya solat depan kaabah. Masa itu, saya tengah bersembang mengenai ingin datang lagi ke Mekah.

“Masa itu lah saya dapat mesej daripada Abang Faizal. Saya terkejut sehingga menitis air mata. Saya baru cakap mengenai itu, terus dapat tawaran. Memang rezeki doa saya dimakbulkan.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menunaikan umrah dalam waktu terdekat ini dan dapat menunaikan umrah bersama suami kerana saya menerima tawaran ini sebelum saya di lamar oleh suami saya di Madinah.

“Saya anggap tawaran ini sebagai hadiah perkahwinan. Hadiah perkahwinan daripada Allah,” katanya.

Untuk pakej umrah pertama berharga RM7,790 (1 April- 12 April), pakej kedua RM8590 (11 April- 21 April) dan pakej ketiga RM12, 490 (20 April-1 Mei).

Bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk tempoh sebulan, tarikh berangkat adalah pada 1 April hingga 1 Mei 2022 dengan harga RM23,630.

Semua pakej termasuk penginapan, tiket penerbangan, makanan, pengangkutan dan juga bagasi, bag silang serta bag untuk menyimpan kasut. -SM

 

(Visited 1,107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button