JenayahNasional

Lelaki ditahan cabul remaja di rumah

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki mencabul remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah di Jalan Laksamana, Batu Caves, Gombak, Jumaat lalu.

Ketua Polis Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 12.01 tengah malam, Sabtu lalu.

Katanya, mangsa dipercayai dicabul lelaki tidak dikenali di bahagian kemaluan di rumah sewa suspek kira-kira 700 meter dari rumah mangsa.

Ketika kejadian, beliau berkata, mangsa berjalan kaki pulang ke rumah bersendirian selepas membeli nasi lemak.

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun menyapa dan mengajak mangsa menaiki motosikal lalu membawa mangsa pulang ke rumahnya,” katanya menurut Harian Metro.

Sejurus tiba di rumah, suspek membuka seluar lalu mencabul mangsa dan selepas selesai, lelaki terbabit memberi RM20 kepada mangsa yang melarikan diri dan pulang ke rumah.

Ariffin berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Bertindak atas maklumat, IPD Gombak menahan suspek pada jam 1.50 pagi kelmarin,” katanya sambil menambah, suspek direman enam hari mulai kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau IPD Gombak 03-61262222 atau ke balai polis berhampiran. – SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button