Nasional

Program Jelajah Francais Bay 2022 ke Zon Pantai Timur

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) kini memperluaskan Program Jelajah Franchise Bay (PJFB) 2022 ke Negeri Pahang di Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang merangkumi zon Pantai Timur.

Program dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, dan diiringi oleh YBhg. Datuk Azman bin Yusof, Ketua Setiausaha KPDNHEP.

PJFB di Kuantan yang melibatkan sebanyak 20 syarikat francais tempatan dalam sesi pameran dan business matching hari ini merupakan siri ketiga daripada siri Jelajah Francais Bay bagi tahun 2022 selepas siri pertama di Kuching, Sarawak dan siri kedua di Johor Bahru, Johor. Sebanyak 208 potensi francaisi dengan nilai potensi pelaburan sebanyak RM66 juta telah mendapatkan khidmat nasihat francais hasil daripada penganjuran kedua-dua siri tersebut.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk merancakkan industri francais dalam negara, KPDNHEP dan Kerajaan Negeri Pahang mensasarkan sekurang- kurangnya 30 potensi francaisi dengan jangkaan nilai potensi pelaburan sebanyak RM 7.5 juta merangkumi Zon Pantai Timur.

Turut hadir Datin Roszanina Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP, Datuk Mark Ujin, Pengarah KPDNHEP Negeri Pahang, Mohamad Shukri Salleh, Naib Pengerusi MFA, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Negeri Pahang serta wakil-wakil Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. – SM

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button