Nasional

Polis rampas dadah bernilai lebih RM11 juta

Polis merampas dadah yang bernilai lebih 11 juta ringgit dalam enam serbuan di sekitar Lembah Klang, Selatan dan Utara Semenanjung pada 15 Januari lalu.

Selain dadah, turut ditahan ialah enam suspek tempatan yang dipercayai telibat dengan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 29 hngga 58 tahun.

“Dadah yang dirampas ialah 100.92 kilogram (kg) ketamin bernilai RM5,999,500 dan 59kg heroin bernilai RM5 juta dan jumlah keseluruhan dadah dirampas ialah RM11,005,500.

“Kesemua dadah yang dirampas itu dipercayai boleh dibekalkan kepada 636,375 orang penagih dadah,” katanya.

Kredit gambar – Polis Kuala Lumpur

Lei Choo berkata, hasil siasatan mendapati peregerakan pengedaran dadah yang dirancang sindiket bermula dari selatan dan menuju ke arah utara semenanjung untuk dihantar ke luar negara melalui laluan darat.

Ujarnya, dalam serbuan yang dijalankan pihaknya turut menemukan sebuah rumah sewa yang digunakan sebagai stro transit penyimpanan dadah.

“Sindiket ini mula aktif menjalankan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah sejak Oktober tahun lalu.

“Saringan air kencing juga mendapati dua suspek positif dadah dan empat suspek juga mempunya rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.

Jelasnya, selain dadah turut dirampas ialah enam buah kenderaan bernilai RM425,500; 21 jenis barangan kemas dan dua utas jam mewan (RM88,500) dan wang tunai berjumlah RM423,829.

Semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 16 Januari lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, pihaknya kini sedang mengesan saki baki sindiket dan mereka yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan cara menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (012-2087222) atau hadir ke balai polis berdekatan. -SM

(Visited 463 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button