Nasional

Perangai Biadab Kak Long Dungun Kini Jadi Kes Polis, Tak Sangka Ini Yang Berlaku!

Polis Terengganu menyerahkan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun kepada polis Selangor dan akan memberikan bantuan sewajarnya sekiranya diperlukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, sehingga kini pihaknya belum dihubungi polis Selangor bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu diserahkan kepada polis Selangor memandangkan pihak berkenaan sudah membuka kertas siasatan.

Menurutnya, ia susulan laporan daripada seorang individu yang tidak puas hati dan berasa terhina dengan tindakan wanita terbabit membuat mimik muka seolah-olah memperlekehkan orang kurang upaya (OKU) menerusi satu hantaran video yang tersebar di laman sosial.

“(Polis) Selangor sudah melakukan siasatan kes berkenaan, jadi biarlah Selangor (polis) yang siasat.

“Walaupun Terengganu menerima laporan berhubung kes berkenaan, kita tidak mahu ada pertindihan dalam siasatan, biarlah Selangor yang meneruskan siasatan, kalau perlu bantuan, kita akan bantu,” katanya ketika dihubungi sebuah media tempatan hari ini.

Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.

Selain daripada laporan individu berusia 42 tahun yang juga OKU fizikal dari Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor, laporan sama turut dibuat Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Terengganu, Selasa lalu.

Menerusi laporan itu, POKUAT berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akaun media sosial wanita terbabit.

(Visited 1,312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button