Nasional

KPLB sedia perkhidmatan bot penduduk di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan RM671 ribu bagi menyediakan perkhidmatan dua buah bot penambang bagi penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting di Langkawi, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkhidmatan bot itu dikendalikan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS) sejak pertengahan tahun lalu.

“Kita amat memahami kepayahan yang dialami oleh penduduk di dua buah pulau tersebut sejak sekian lama.

Justeru kita mencari jalan penyelesaian menerusi inisiatif perkhidmatan bot penambang untuk kegunaan penduduk di Pilau Tuba dan juga Pulau Dayang Bunting berulang-alik.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas menyempurnakan majlis ringkas perasmian bot penambang itu di Jeti Pelancongan Langkawi dekat Pekan Rabu di sini hari ini.

Tambah Mahdzir, perbelanjaan perolehan dua buah bot berkenaan dibuat menerusi peruntukan di bawah Program Desa Lestari KPLB.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyempurnakan majlis ringkas perasmian bot penambang itu di Jeti Pelancongan Langkawi dekat Pekan Rabu hari ini.

Perkhidmatan bot penambang yang diberi nama BesTUBA itu akan memberi manfaat kepada kira-kira lima ribu penduduk di dua buah pulau berkenaan.

Setiap bot mampu memuatkan sehingga 30 penumpang pada satu-satu masa dan beroperasi setiap hari dengan kekerapan tujuh perjalanan sehari.

“Saya berharap selain memudahkan urusan penduduk di pulau terbabit, perkhidmatan bot itu juga mampu menjana pulangan ekonomi kepada pihak koperasi menerusi perkhidmatan sewaan kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Langkawi,” kata Mahdzir. – SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button