Hiburan

Ku Ikhlaskan Datuk Seri Vida bikin menangis

BERBALOI Datuk Seri Vida (DSV) berbelanja RM400,000 untuk pembikinan klip video single terbaharu beliau berjudul Ku Ikhlaskan.

Dalam tempoh tidak sampai beberapa jam klip video penuh itu dimuat naik di akaun Facebook, link yang dikongsi mendapat lebih 23,259 share (perkongsian), kurang lebih 10,000 komen dicatat berdasarkan tontonan klip video tersebut.

Ada yang nak ketawa, ada yang nak menangis menonton klip video Ku Ikhlaskan yang melodi dan liriknya dihasilkan oleh DSV bersama Amy Ukays.

Hampir jatuh pengsan kerana tidak percaya suara yang menyanyikan lagu Ku Ikhlaskan itu ialah suara DATUK SERI VIDA.

Pergh… Tak macam suara dalam lagu I am Me! Sayang Sayang Sayang… Tahniahlah DSV dan agaknya kalau mendengarkan DSV nyanyi secara live, ada tak macam telan kaset?

DSV dalam tub mandi.. ada dalam klip video Ku Ikhlaskan.

Melodi dah ngam. Lirik Ku Ikhlaskan kalau sepintas lalu dihayati, setepek-setepek kena kat batang hidung individu yang pernah singgah dan menyakiti hati MJ2 ini.

Hati seorang ibu tunggal yang dikhianati. Persoalannya, apakah DSV sendiri tak move on lagi dengan kisah silamnya? Atau memang sengaja DSV coretkan lirik sinis sebegitu.

Cantik pembikinan klip video Ku Ikhlaskan yang pastinya ada story board oleh sang pengarah. Mujur tak ada adengan panas macam drama Perempuan.

Adengan dalam klip video DSV sekadar mempertontonkan beliau di dalam tub mandi atau bathtub dengan dipenuhi bunga-bunga besar.

Kata seorang penonton, Ayu Ariffin, “Sedap lagu dia…Cuma bila tengok video rasa macam Alice In Wonderland…Takut rasa.”

Seorang penonton klip video Ku Ikhlaskan, Tun, menulis begini, “Cuba buang video tinggal MP3 je.”

Dan seperkara lagi dalam story bord klip video DSV ada bingkai gambar kosong yang dikalungkan umpama rantai leher.

Tak pasti apa signifikan bingkai gambar kosong tetapi dua kali dapat ditonton, leher DSV dikalungkan dengan bingkai gambar itu.

 

Menurut DSV dalam kenyataannya, pembikinan lagu dan klip video itu adalah satu usaha untuknya mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak miliknya.

“Lagu dan klip video ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut bulan Ramadan, jadi saya kira ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, selepas menghayati lagu dan menonton klip video Ku Ikhlaskan ini, besar harapan agar orang ramai, peminat dan sesiapa saja dapat menderma supaya tercapai segera hasrat saham ilmu dan amal kebajikan ini.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh dibuat ke nombor akaun 5080 2100 2954 (Maybank) atas nama DARUL TAHFIZ DS VIDA. – SM

(Visited 966 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button