Nasional

Manuskrip Melayu Purba Wajar Hilang Daripada Pengetahuan Melayu Moden?

Rakyat di negara India teguh dengan jati diri mereka kerana pembangunan sosial, ekonomi dan landskap kerajaan tidak mengabaikan tamadun India yang pernah wujud dan dibanggakan sehingga hari ini.

Rakyat di negara Jepun teguh dengan jati diri mereka kerana pembangunan sosial, ekonomi dan landskap kerajaan tidak mengabaikan tamadun Jepun yang pernah wujud dan dibanggakan sehingga hari ini.

Rakyat di negara Thailand teguh dengan jati diri mereka kerana pembangunan sosial, ekonomi dan landskap kerajaan tidak mengabaikan tamadun Thailand yang pernah wujud dan dibanggakan sehingga hari ini.

Rakyat di benua Mesir teguh dengan jati diri mereka kerana pembangunan sosial, ekonomi dan landskap kerajaan tidak mengabaikan tamadun Mesir yang pernah wujud dan dibanggakan sehingga hari ini.

Namun rakyat di negara Malaysia, masih adakah jati diri dalam kalangan semua rakyat kerana pembangunan sosial, ekonomi dan landskap kerajaan jelas menghapuskan tamadun alam Melayu itu secara halus?

Tamadun Alam Melayu Setaraf Dengan Tamadun Dunia Lain

Jantan takkan cari betina kalau betina itu tiada daya penarik. Lelaki takkan cari perempuan kalau perempuan itu tiada sesuatu pun yang ‘baik’ pada dirinya.

Orang luar takkan cari atau berdagang sampai ke alam Melayu kalau alam Melayu satu kawasan yang mundur, terpencil, tidak maju atau selalu bermasalah.

Orang luar takkan cari atau cuba menguasai alam Melayu kalau alam Melayu ibarat sampah, kawasan gersang, tiada hasil bumi atau ilmu alam yang bukan calang-calang.

Disebabkan alam Melayu ini ada sesuatu yang bernilai, ramai sanggup hadir ke sini, mencuri dan merompak lalu membawa ilmu alam Melayu pulang ke negara mereka.

Menurut kajian pengkaji (bukan sembang dari kaki hisap gam cap senapang atau pemain video permainan dalam telefon), tamadun alam Melayu setaraf dengan tamadun dunia yang lain.

Cuba yang berbeza adalah kerajaan semasa di kebanyakan negara yang berdiri di atas tamadun mereka mengangkat ketamadunan sebagai satu kebanggaan dan perniagaan.

Sebaliknya di Malaysia, ketamadunan wajar disemak samunkan, dibiarkan reput dan pelancongan harus berpaksi kepada kunjungan bangunan moden yang ada di setiap negara.

Ilmu Sains & Teknologi Purba Alam Melayu Yang Dikagumi

Tamadun Melayu suatu ketika dahulu kalau dilihat dalam fakta sejarahnya merupakan sebuah tamadun yang sangat dikagumi disebabkan pelbagai aspek kemahiran.

Antara aspek kemahiran yang terulung mencakupi ilmu sains dan teknologi purba yang cukup hebat, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam manuskrip manuskrip jawi Melayu lama (purba).

Secara teknikal, kebijaksanaan orang Melayu terdahulu boleh diketahui sekiranya kita ambil masa untuk mengkaji manuskrip lama yang sarat dengan khazanah keilmuannya.

Dengan kajian juga, generasi moden berpeluang menemui sifat intelektual orang Melayu yang menguasai pelbagai bidang utama termasuklah ilmu sains, teknologi, perubatan, pelayaran, pembinaan, undang-undang dan banyak lagi jenis ilmu yang sudah pun dikuasai nenek moyang orang-orang Melayu.

Ada Lebih 20,000 Manuskrip Purba Malas Dibawa Pulang Menerusi Pintu Kerajaan

Berdasarkan satu rekod, cuma ada 4,884 naskah manuskrip Melayu lama di Malaysia yang telah disimpan, dijaga dan tidak tahu sama ada akan dijelmakan dalam versi moden atau memang akan disimpan selama-lamanya.

Di Rusia, German, Algeria, Turki, Britain dan beberapa negara lain lagi berdasarkan rekod 10 tahun lalu, ada 15,000 manuskrip yang dicuri semasa zaman Eropah cuba meluaskan kuasanya.

Namun mengikut laporan semasa, sudah ada lebih 20,000 manuskrip Melayu purba yang sudah dapat dikesan dan angka 20,000 itu bukanlah satu angka yang kecil.

Pengkaji sejarah telah berusaha untuk membuktikan kepada pemimpin dalam setiap kerajaan yang silih berganti memerintah, ada khazanah alam Melayu yang harus dibawa pulang.

Dibawa pulang untuk dikaji dan didedahkan kepada masyakarat, bukannya sekadar dijadikan kajian universiti dan hasilnya akan berkubur di perpustakaan dan memiliki akses yang minimal.

Zaman sudah jauh berubah, takkanlah pemikiran orang-orang lama yang dinaikkan sebagai pemimpin masih berada pada tahap yang super kuno tradisional mengalahkan zaman kehebatan tamadun Melayu?

Menerusi Perbincangan Rakyat Demi Malaiu yang dianjurkan sebelum ini sekali pun, pakar-pakar pengkaji asyik meluahkan perkara yang sama berulang kali.

Tahu di mana lokasi manuskrip lama ini namun apabila hendak membawa pulang ke tanah air, sokongan daripada kerajaan amatlah kurang kerana mungkin manuskrip ini tidak boleh dijelmakan dalam bentuk manusia untuk mengundi.

Bayangkan sahajalah kalau manuskrip ini boleh dijelmakan dalam bentuk pengundi, pasti akan ada pemimpin sanggup jadi hero memperjuangkan misi bawa pulang manuskrip untuk ditempatkan di DUN atau Parlimen.

Pengkaji sejarah adalah sebahagian daripada rakyat dan rakyat sudah pun bersuara dan mendesak, tinggal jadi satu kepetingan awam atau tidak sahaja.

Kalau kes Zul Ariffin dan Siti Hariesa yang diarah Ain Shariff untuk melakukan adegan soft porn boleh viral sampaikan menteri bersuara dan ambil tindakan.

Takkan cerita pasal khazanah bangsa ini tak layak terima nasib yang serupa untuk jadi viral gila-gila sampaikan mereka yang nak bertanding untuk PRU-15 akan datang sanggup ambil tanggungjawab untuk bawa pulang manuskrip Melayu purba sekali gus buktikan merekalah yang berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

(Visited 666 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button