Jenayah

Polis dapatkan reman 4 lelaki sebat dua pekerja Islam kerana puasa

POLIS Diraja Malaysia telah menahan empat orang lelaki yang disyaki terlibat mengugut serta menyebat dua orang lelaki Islam kerana berpuasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu pada 14 April pada pukul 4.16 petang.

Menurutnya, kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan,

Shamsul Amar berkata, pihak polis akan mendapatkan tanahan reman keempat-empat suspek di Mahkamah Klang hari ini.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa.

“Majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang salah seorang daripada dua lelaki tersebut dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama,” katanya.

Dua lelaki berkenaan telah dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja.

Sebelum itu media melaporkan dua pengawal peribadi mengalami kecederaan akibat dipukul majikan mereka hanya kerana didapati berpuasa.

Kedua-dua mangsa berusia 26 dan 43 tahun itu telah bekerja di syarikat tersebut selama tiga dan tujuh tahun.

Tular di media sosial laporan polis yang telah dibuat berikutan kejadian itu.-SM

(Visited 804 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button