Jenayah

Pereka grafik dilepaskan dari lokap 5.50 petang tadi

Pereka grafik kontroversi Fahmi Reza dikeluarkan daripada lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.50 petang tadi.

Beliau dibebaskan dari tahanan polis setelah ditahan semalaman dan memberikan keterangan berhubung siasatan atas tuduhan hasutan.

“Fahmi dibebaskan dengan jaminan polis.

“Dia telah merekodkan keterangan sekitar tengah hari hingga sekitar jam 3 petang hari ini,” kata peguam Fahmi, Yohendra Nadarajan kepada Malaysiakini.

Fahmi ditahan semalam kira-kira pukul 7.00 petang dan bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Polis kemudian membawa Fahmi ke Mahkamah Majestret untuk permohonan reman selama empat hari bagaimanapun Nitya Ravindran hanya membenarkan reman selama satu hari yang berakhir petang ini.

Sementara itu, Fahmi berkongsi gambar beliau dilepaskan daripada tahanan di Facebooknya dengan kapsyen “Bebas! #DengkiKe #KitaSemuaPenghasut”  -SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button