JenayahNasional

Dakwaan gangguan seksual ADUN Sedili: Beberapa individu dipanggil beri keterangan

POLIS Johor telah memanggil beberapa individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain terhadap seorang wanita.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihaknya turut menerima satu laporan balas dibuat oleh Rasman yang merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor terhadap laporan polis daripada pengadu.

“Siasatan masih dijalankan. Kita telah panggil beberapa orang untuk rakam percakapan dan pihak ADUN Sedili juga ada membuat laporan polis terhadap laporan yang dibuat oleh pengadu.

“Kita akan siasat secara adil dan perlu masa dua ke tiga hari lagi untuk selesaikan dan kita akan maklumkan keputusannya,” katanya, hari ini.

Kamarul berkata, polis sudah selesai mengambil keterangan daripada Rasman berhubung kes itu dua hari lepas.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang ADUN Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritenden Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada wanita terbabit di Balai Polis Kota Tinggi pada pukul 11.30 pagi, Isnin lepas.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Pengadu yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.

Rasman kemudian dalam kenyataannya mengulas laporan polis dibuat oleh wanita terbabit menyifatkan tuduhan ke atasnya adalah konspirasi untuk menjatuhkannya sebagai wakil rakyat. – FMT – SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button