Banjir

Jingga 13 Johor Bantu Mangsa Terjejas Banjir, Amiruddin Turut Hulur Sumbangan

Kediaman ibu kepada koordinator Jingga 13 Johor, Zainon Yaakob di Felda Bukit Besar, Kulai antara yang menerima kesan buruk akibat banjir.

Kejadian tersebut menyebabkan tanah runtuh berlaku di hadapan rumahnya dan perkara ini sekali gus mendapat perhatian Jingga 13 Johor.

Atas sikap prihatin, Jingga 13 Johor melancarkan sumbangan bagi meringankan beban Zainon yang kini masih berada di hospital.

Menurut satu kenyataan, musibah yang dialami Zainon turut mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang juga merupakan mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

“Koordinator Jingga 13 Johor, Zabidie Abas pernah berjuang bersama-sama Amiruddin sewaktu memegang amanah sebagai Ketua AMK Johor.

“Ditakdirkan musibah berlaku, Amiruddin secara peribadi tampil menghulurkan sumbangan untuk kegunaan ibu Zabidie,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, satu sesi penyerahan sumbangan disempurnakan Penasihat Jingga 13 Johor, Natrah Ismail merangkap Ahli Parlimen Sekijang dan wakil Pertubuhan Generasi Keadilan Johor, Nazri Ismail mewakili Menteri Besar Selangor.

Turut hadir, Komrad Jingga 13 Johor serta anggota Keadilan cari cabang-cabang seluruh Johor.

Setiausaha Jingga 13 Johor, Jaafar Matek selaku penyelaras program merakamkan ucapan terima kasih kepada Amiruddin serta rakan-rakan perjuangan yang turut meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan sesi tersebut.

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button