fbpx
Nasional

Polis mohon kerjasama kesan kanak-kanak hilang

POLIS hari ini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang hilang.

Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak yang hilang itu dikenali sebagai Hay Yi Jack, 7 tahun.

“Kali terakhir dia dilihat ialah di Nombor 11,Tingkat 17,Blok F, PPR Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang pada 27 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kanak-kanak tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Deputi Superintendan G. Stephen di talian 016-3767390, pegawai enyiasat, Inspektor Mohamad Faiz Paiman di talian 017-7190170, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. -SM


Show More

Related Articles

Back to top button