BanjirBencana alamNasional

Paras air meningkat, 50 keluarga dipindahkan

Tiga pusat pemindahan banjir (PPS) diaktifkan di daerah Padang Terap dan Kubang Pasu bagi memberi perlindungan kepada 164 orang daripada 50 keluarga yang dipindahkan selepas kediaman mereka ditenggelami banjir lewat semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap Roshidi Kassim berkata Sekolah Kebangsaan Tualak PPS dan Sekolah Kebangsaan Perik PPS telah diaktifkan malam tadi bagi menempatkan 76 mangsa daripada 23 keluarga terjejas.

“Kampung yang terjejas banjir ialah Kampung Perik, Kampung Labi dan Kampung Bendang Raja.

“Hujan berterusan bermula jam 5 petang mengakibatkan paras air Sungai Janing meningkat,” katanya dalam satu kenyataan awal hari ini.

Beliau berkata satu laluan telah ditutup selepas dinaiki air pada pukul 7 malam tadi.

“Menerusi operasi pemantauan yang dilakukan anggota pasukan pertahanan awam, Jalan Bukit Indin dinaiki air kira-kira jam 7 malam dan mengakibatkan laluan itu terputus. Bagaimanapun, penduduk boleh menggunakan jalan alternatif,” katanya.

Tambahnya, operasi itu melibatkan pelbagai agensi termasuk pejabat daerah, jabatan kebajikan masyarakat, bomba dan penyelamat, pejabat DUN Kuala Nerang dan Tenaga Nasional Berhad.

Sementara itu, di Kubang Pasu, 88 mangsa daripada 27 keluarga dari Kampung Telok, Kampung Bendang dan Kampung Tanjung telah dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Binjai setakat 3 pagi tadi kata pegawai Kubang Pasu Mohd Adenin Suhaimi.

Mohd Adenin berkata, keadaan cuaca di daerah itu ketika ini dalam keadaan baik.

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button