BanjirBencana alamHiburan

Nana Mahazan sebak terima sumbangan RM50,000 buat mangsa banjir

TAK sangka, kehadiran Nana sebagai ‘pelajar’  dikejutkan dengan pemberian sumbangan bagi mangsa banjir berjumlah RM50,000 daripada RichWorks, semalam.

Menurut selebriti usahawan yang merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) itu, beliau sangat gembira bila mana dapat menjadi ‘penghubung’ bagi menyumbang kepada lebih ramai orang memerlukan.

Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWoks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman (tengah) mewakili RichWell diiringi Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. (kanan) menyerahkan replika cek RM50,000 kepada Nana ketika makan malam Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi, semalam.

Katanya, wang itu hasil sumbangan daripada RichWorks bersama usahawan-usahawan jutawan yang dibimbing melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan  iaitu memberi kembali kepada komuniti.

“Pada akhirnya, fokus (usahawan) untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang. Nak jadi ‘kaya’ sebab dapat menyumbang lebih banyak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. (kanan) menyerahkan replika cek kepada Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebelum diserahkan kepada Nana ketika makan malam Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi, semalam

Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWoks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman mewakili RichWell menyerahkan replika cek kepada Nana ketika Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi.

Pada hujung tahun lalu, RichWell salur sumbangan berjumlah RM500,000 bagi mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)

Dalam pada itu, Nana menjelaskan juga bahawa ilmu diterima di RichWorks bukan hanya mengajar bisnes tapi lebih daripada itu.

“Di sinilah saya berhijrah, faham juga banyak ilmu agama, membantu lebih ramai orang dan tanggungjawab sebagai manusia,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.

“Kami memahami perasaan dihadapi mangsa banjir yang ramai di Pantai Timur termasuk di Sabah ketika ini.

“Kami sendiri pernah alami banjir teruk di Shah Alam pada tahun lalu, pejabat dinaiki air hinggakan ada staf terpaksa bermalam di dewan,” ujarnya. – SM

Artikel berkaitan > Gadai gelang emas berharga RM5,000 demi timba ilmu niaga, usaha wanita ini membuahkan hasil

(Visited 636 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button