Politik

PKR tuntut RM10 juta terhadap MP Tebrau sokong PM

PARTI Keadilan Rakyat telah menghantar surat tututan berjumlah RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong kerana bertindak menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Menurut Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung, bekas Ketua Cabang PKR itu perlu membayar pampasan berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

“Dan jika tidak, tindakan mahkamah akan diambil. Ahli Parlimen Julau Larry Sng tidak bertanding di bawah parti PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 maka tidak tertakluk kepada perjanjian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Steven dan Larry menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) menyokong kerajaan Perikatan Nasional kepada Muhyiddin pada 28 Februari lalu.

PKR sebelum ini menuntut pampasan terhadap 19 wakil rakyat yang keluar daripada parti.


Ini termasuk terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Zuraida Kamaruddin telah pada 29.01.2021 memfailkan permohonan untuk membatalkan tindakan yang dibuat oleh Keadilan ke atasnya atas alasan bahawa ianya adalah bertentangan dengan undang-undang.

“PKRn membantah permohonan ini yang tidak berasas dan tanpa merit.

“Kedua-kedua pihak sedang dalam proses membalas afidavit. Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes yang seterusnya pada 1.4.2021 untuk mendapatkan arahan yang seterusnya berkenaan dengan kes ini,” kata Chean Chung.

Selain Zuraida turut menerima tindakan itu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (MP Gombak), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau).

ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh).-SM

 

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button