Politik

Muhyiddin lancar buku ikrar PN

MAJLIS Pelancaran Ikrar Perikatan Nasional (PN) “Demi Bangsa Johor” di Johor Bahru, hari ini baharu sahaja selesai disempurnakan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelancaran Ikrar PN juga merupakan manifesto PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Buku ikrar tersebut mengandungi 8 tunjang, 24 strategi dan 144 pendekatan, kata Muhyiddin dalam ucapan perasmian sebentar tadi.

Menurut beliau, menerusi ikrar tersebut, ia merupakan komitmen realistik dan praktikal PN dan bukan retorik.

“Kita tahu rakyat mahukan sebuah kerajaan negeri yang bersih, cekap, ditunjangi kepimpinan berintegriti dan bebas rasuah.

“Justeru PN mendokong pemimpun berintegriti, bebas rasuah dan pemimpin yang tidak salah guna kuasa,” kata Muhyiddin. – SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button