Politik

Gara-gara tidak pakai sampin, kongres AMK kecoh

SEMUANYA gara-gara sayap perwakilan tidak dibenarkan masuk ke dewabn di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) hanya disebabkan tidak memakai sampin.

Lebih 100 perwakilan dihalang daripada memasuki dewan oleh petugas menyebabkan berlakunya kekecohan di pintu masuk Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pagi ini.

Menurut laporan Sinar Harian,  seorang perwakilan tuurt dilihat bergelut dengan seorang anggota pasukan keselamatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum mereka dipisahkan perwakilan lain.

Seorang perwakilan AMK yang mahu dikenali sebagai Rahim, 30, memberitahu Sinar Harian, arahan pemakaian sampin sepatutnya perlu dimaklumkan lebih awal dan bukannya pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini, kalau tiada sampin pun tidak apa, janji kita ada pakai tag yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

“Ramai yang tidak puas hati sebab beritahu saat-saat akhir baru kena pakai sampin.

“Kalau beritahu awal, saya rasa mereka pun akan ikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button