NasionalpilihanPolitik

“Brotherhood tak lawan parti atau mana-mana calonnya, kami lawan sistem,” – Lando Zawawi

Sebut sahaja tiga kata kunci utama seperti jalan rosak, Brotherhood serta Lando Zawawi, secara umum rakyat Malaysia yang ‘melepak’ di Facebook, mungkin akan kenal atau tahu serba-sedikit.

Misalnya Lando Zawawi, beliau mengunakan kuasa popularitinya dan berjalan bersama Brotherhood menampal jalan-jalan yang berlubang, lebih pantas berbanding sebelum ‘menunggu kena viral’.

Maka atas kepekaannya itu, penglibatan Lando Zawawi bersama Gerakan Tanah Air (GTA) menimbulkan rasa teruja dan rasa pening dalam kalangan pengikutnya yang selama ini bebas daripada garis politik.

Namun demikian, Lando Zawawi tampil dengan alasan sebenar yang turut membabitkan Allahyarham Iqram Botak, salah seorang wakil Brotherhood Dispatch.

“Hanya seorang penduduk jati Tanjung Karang yang sedar kenapa. Arwah cuma seorang wakil Brotherhood Dispatch. Orang biasa-biasa saja. Tetapi jasanya dengan Brotherhood dan pengguna laluan di sana banyak.


“Itu sebab wa (saya) terima. Al-Fatihah buat Allahyarham Iqram Botak. Ini untuk kenangan usaha bro Iqram yang inginkan perubahan yang baik di Tanjung Karang,” ujarnya.

Lando Zawawi berkata demikian mengulas persoalan umum yang sering dilontarkan kepadanya sekali gus menjelaskan pendirian langkah Lando Zawawi ke dalam dunia politik.

“Berpuluh soalan dan andaian, kenapa wa (saya) terima di Tanjung Karang. Ramai kata sebab ada orang suruh lawan parti sana. Bukan.

“Brotherhood tak lawan parti atau mana mana calonnya. Kami lawan sistem yang perlu diubah segera demi keselamatan dan kemudahan semua.

 

(Visited 468 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button