pilihanPolitik

Malaysia harus dikemudi barisan kepimpinan bebas jenayah rasuah – Muhyiddin Yassin

Perjuangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin melawan rasuah telah dibuktikan melalui sejarah karier politiknya yang panjang.

“Saya dibuang daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana saya berjuang melawan golongan yang menyalahgunakan kuasa demi poket sendiri,” tulisnya.

Dalam masa sama, Muhyiddin turut mahu negara ini diperintah oleh kumpulan yang tiada imej buruk.

“Menjadi impian saya melihat Malaysia dikemudi oleh barisan kepimpinan yang bebas daripada jenayah rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa.

“Hal ini diterjemahkan dengan “Aku Janji Integriti Calon” Perikatan Nasional. Insya-Allah kami di Perikatan Nasional komited untuk menawarkan kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” tulisnya.


(Visited 271 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button