KesihatanNasionalNegeri

Rakyat perlu jaga kesihatan diri selepas wabak Covid-19 – Raja Muda

SEMEMANGNYA wabak Covid-19 telah menjadi cabaran besar kepada dunia seluruhnya dan mengubah norma hidup sedia ada masyarakat.

Jika didapati keadaan tahap kesejahteraan psikologi diri sendiri atau ahli keluarga tersayang masing-masing ada yang berada dalam keadaan tidak terkawal dan merasakan diri bergelut untuk menghadapi kehidupan seharian, jumpalah doktor atau pakar kesihatan mental.

Lebih cepat mendapatkan bantuan, lebih cepat dapat kembali ke kehidupan normal masing-masing.

Pada masa yang sama, perhatikan kesihatan fizikal diri masing-masing. Cubalah untuk makan makanan yang seimbang, minum air yang mencukupi dan bersenam secara kerap. Tidur yang berkualiti juga boleh membawa perubahan yang besar dalam kesihatan mental dan fizikal masing-masing.

Demikian menurut siaran media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di mana perkara ini telah dinasihatkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas baginda berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Ilmi, Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat yang diterima oleh amilnya Natzeri Othman baru-baru ini.

Masing-masing akan menerima RM 700 setiap seorang.

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. – SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button