Nasional

PKPD Medan 88: Majikan bantu larikan pekerja akan dikenakan tindakan tegas

KIRA-KIRA 400 individu yang dikesan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang tidak berada di dalam zon PKPD akan ditangkap oleh polis.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis akan mengesan dan menangkap mereka yang melarikan diri daripada PKPD sama seperti yang dilakukan sewaktu di Selangor Mansion.

“Saya difahamkan PKPD di Medan 88 ramai yang mudah melarikan diri kerana terdapat majikan yang menyediakan bas untuk mereka keluar daripada situ.

“Kita sudah putuskan yang tindakan bukan sahaja akan diambil terhadap individu yang melarikan diri, tetapi juga kepada majikan yang bersubahat,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail Sabri, perkara sama seperti ini pernah berlaku di Selangor Mansion dan mereka yang melarikan diri berjaya dikesan dan tidangkap.


Jelasnya, polis juga diarahkan untuk mengambil tindakan tegas kerana apa yang berlaku ini boleh membahayakan nyawa ramai orang. -SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button