Nasional

Mangsa lemas di Tasik Gubir dikenal pasti

POLIS telah mengenal pasti mangsa yang mati lemas di Tasik Gubir, Kedah, semalam.

Muhammad Amirul Akmal Rashid, 29, dari Kuala Nerang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi sungai di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Abdul Razak Osman berkata, rakan mangsa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Beliau berkata, mangsa bersama tujuh rakannya pergi ke tasik itu pada kelmarin dengan tujuan memancing.

“Mangsa bersama lima rakannya menaiki bot untuk memancing di tasik dan meninggalkan dua lagi rakan mereka di tapak perkhemahan.

“Pada pukul 1.30 tengah hari, mereka berlima pulang ke tapak perkhemahan untuk memancing berhampiran tebing sungai,” katanya. – SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button