Nasional

PKP: Senarai barangan penting diiktiraf KKM

BERIKUTAN pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan barangan yang diiktiraf penting.

Barangan tersebut dikatakan berkaitan dengan kebenaran beroperasi premis perniagaan yang terlibat dalam lapan sektor dibenarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

[BACA] PKP: Mohon kebenaran operasi niaga melalui CIMS 2.0 — Suara Merdeka

Penyenaraian barangan dan kebenaran pengoperasian premis adalah bagi memastikan bekalan dalam negara terhadap produk-produk asas mencukupi.

Berikut adalah senaran barangan yang diiktiraf penting oleh KKM:

  1. Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport
    Beras
    Gula
    Minyak sayuran dan lemak haiwan
    Tepung dan bijirin
    Roti
    Air
    Produk tenusu – susu dan formula bayi
    Rempah ratus
    Makanan kering
    Kopi dan teh
    Makanan dalam tin
    Daging
    Ayam
    Makanan haiwan / ternakan
    Proses buah dan sayuran
  2. Pertanian dan perikanan, termasuk import
    Ikan dan makanan laut
    Buah-buahan
    Sayur-sayuran
  3. Produk barangan rumah
    Bahan pencuci
    Bahan pembasmi kuman
    Sanitisers
    Barang penjagaan diri
    Tisu tandas dan kertas tisu
  4. Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment – PPE)
    termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan
    termasuk topeng muka, sarung tangan getah.
  5. Farmaseutikal – semua bahan kimia dan ubat-ubatan
  6. Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat
  7. Peranti perubatan dan pembedahan
  8. Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahagian untuk ventilator
[BACA] PKP: Boleh servis kereta, motor – Suara Merdeka

Senarai produk yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan produk penting:

  1. Minyak dan Gas
  2. Petrokimia
    Resin PTA & PET
    Serat poliester & filament
    Polypropylene & polyethylene
    Resin ABS & MABS
    Maleic Anhydride
    Resin Pes PVC (PVC Paste Resins)
    Expanded EPE
    Impact modifiers & processing aids
    Styrene Monomer
    Styrene Butadiene Latex
    Polystyrene
  3. Bahan dan produk kimia – Baja dan Racun
  4. Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor
(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button