Belang Bertempat

Pas dan fekah politiknya

NAMPAKNYA, PAS mahu membayangkan kepada rakyat bahawa mereka “tidak tahu apa-apa” mengenai gerakan menukar Menteri Besar Perak.

Hakikatnya, PAS bukan sekadar dimaklumkan, malah sudah menyertai siri perundingan dan amat memahami sebab-sebab mengapa gerakan ini perlu dilakukan.

Justeru, keputusan PAS enggan menyertai kerajaan dengan alasan mereka ‘tidak dibawa berbincang’ hanyalah satu lagi helah untuk menggambarkan UMNO parti yang mengkhianati PN.

Realitinya, jika kita mengimbas sejarah politik Perak, UMNO sudah berdepan beberapa siri pengkhianatan oleh PAS.

*2008*

Keputusan PRU-12 menyaksikan UMNO memenangi 28 kerusi manakala PAS 6 kerusi. Ketika itu, perundingan dilakukan untuk membolehkan PAS menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu dengan 34 kerusi.

Bagaimanapun, PAS ketika itu tampil dengan pendirian dan feqah politik mereka bahawa “lebih baik besama kafir yang adil, daripada bekerjasama dengan orang Islam yang zalim”. Lalu mereka memilih untuk bersama DAP menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 11 bulan.

*2018*

Keputusan PRU-13 menyaksikan UMNO memenangi kerusi paling banyak iaitu 27 tetapi tidak dapat menubuhkan kerajaan. PAS yang menang tiga kerusi sekali lagi berpeluang untuk menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu Islam bersama UMNO.

Selepas perundingan dilakukan, tiga ADUN PAS menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk bersama menubuhkan kerajaan. Bagaimanapun, selepas hanya 2 jam menandatanganinya, PAS membuat kejutan dengan menarik diri sehingga membolehkan Pakatan Harapan yang didominasi DAP berjaya menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 22 bulan.

*MAC 2020*

Pada Mac 2020, setelah kerajaan PH jatuh, UMNO dan PAS yang bergabung atas platform Muafakat Nasional telah bersetuju menamakan ADUN UMNO sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun PAS menukar pendirian pada saat-saat akhir sehingga ADUN parti minoriti dilantik sebagai MB. UMNO akur dengan keputusan Istana dalam pelantikan Menteri Besar.

Kali ini, UMNO sekali lagi dikhianati apabila ketika usaha menukar Menteri Besar dilakukan, PAS menjadi yang pertama mengeluarkan kenyataan terbuka untuk tidak akan menyertai UMNO menubuhkan kerajaan baharu.
Tertanya dalam konteks negeri Perak, PAS adalah pengkhianat sebenar terhadap penubuhan kerajaan Melayu Islam. Merekalah pisau belati yang menikam rakan dari belakang.

PAS tidak boleh dipercayai. Sejarah parti itu menunjukkan mereka khianati semua rakan mereka. 1976 mereka khianati BN. 1990 mereka khianati Angkatan Perpaduan Ummah, 2001 mereka khianati Pakatan Rakyat. Kini roda berputar dan mereka khianati UMNO sekali lagi atas nama Feqah politik mereka.

(Visited 1,516 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button