fbpx
Nasional

PKP: Boleh servis kereta, motor

PEMILIK kereta dan motosikal boleh menghantar kenderaan mereka ke pusat servis atau bengkel berdekatan untuk dibaiki atau diselenggara.

Kemudahan kepada semua ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas premis berkenaan diberi kebenaran oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

[BACA] COVID-19: Asymptomatic-satu lagi situasi ‘berperang dengan halimunan’ — Suara Merdeka

Perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi termasukan perkhidmatan selepas jualan, servis atau penyelengaraan kenderaan, mengetuk, mengecat, membaiki serta menukar tayar.

Bagaimanapun, pengoperasian premis masih tertakluk di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Premis akan dipantau bagi membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19).


CIMSJusteru, pengusaha atau peniaga yang mahu membuka bengkel perlu mendapatkan kebenaran daripada MITI dengan membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS 2.0).

MITI dalam kenyataan menjelaskan aktiviti perniagaan termasuk operasi produktiviti bekalan alat ganti adalah untuk bekalan dan pemasangan tempatan sahaja.

[BACA] Pelarian Rohingya bantu kita tanpa kita sedar — Suara Merdeka
[BACA] Menteri di Somalia maut akibat Covid-19 — Suara Merdeka

“Pengeluaran tayar dibenarkan untuk membekal kepada syarikat pengeluaran. Tetapi, terhad kepada kenderaan untuk dieksport,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai juga tidak perlu risau terhadap bekalan alat ganti kenderaan sekiranya kereta atau motor memerlukan gantian barangan untuk dibaikpulih.

Tambah MITI, perusahaan dan pembekal berkaitan dibenarkan beroperasi dan tertakluk kepada senarai lapan sektor perniagaan.

Bagaimanapun, pengusaha berkenaan juga perlu memohon kebenaran melalui CIMS 2.0 untuk beroperasi ketika PKP.

“Pusat alat ganti dan pusat pengedar dibenarkan untuk menjual alat ganti sejurus selepas mendapat kelulusan daripada MITI.

[BACA] Kematian akibat Covid-19 di Perancis cecah 14,400 — Suara Merdeka
[BACA] PKP: Satu keluarga dari Johor lepas balik Kedah, satu kampung risau – Suara Merdeka

“Walau bagaimanapun, jualan yang di luar skop perkhidmatan selepas jualan adalah tidak dibenarkan
sama sekali,” jelasnya. – SM

(Visited 6 times, 3 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button