BanjirNasional

Agong pandu kenderaan redah banjir hantar bantuan

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) untuk menghantar bantuan kepada mangsa di Pahang.

Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pPusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Maran.

Turut berangkat Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara, Pahang merupakan negeri paling teruk terjejas bencana banjir dengan 13,218 orang daripada 3,603 keluarga telah dipindahkan ke PPS.

Sebanyak 10 daerah di negeri itu dilaporkan ditengelami air. Di Maran terdapat 2,781 mangsa daripada 738 keluarga telah ditempatkan di 22 PPS.

Kuantan merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dengan 3,400 orang daripada 991 keluarga telah dipindahkan ke 32 PPS.

Selain Pahang turut terjejas adalah Johor (5,484 mangsa), Perak (812), Selangor (184) dan kelantan (78).

Sejumlah 19,776 orang penduduk daripada 5,300 telah dipindakan ke PPS di seluruh negara.-SM

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button