Politik

PN lantik 14 pengerusi negeri

Parti Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan pelantikan 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN).

Pelantikan tersebut dipersetujui oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Mohd, Yassin selepas mesyuarat bersama Majlis Tertinggi (MT) PN.

Pengerusi yang dilantik terdiri daripada 10 pemimpin utama Bersatu dan empat pemimpin utama Pas iaitu:

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor – Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.


Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor –  Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak – Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka – Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sabah – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang – Menteri Komunikasi dan Multimedia (Bersatu) Datuk Saifuddin Abdullah.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sembilan – Timbalan Menteri Kerja Raya (Bersatu) Datuk Eddin Syazlee Shith.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bersatu) Datuk Shabudin Yahaya.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sarawak – Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan: Setiausaha Kerja Bersatu Datuk Muhammad Suhaimi Yahya.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perlis – Timbalan Speaker Perlis (Pas) Mohd Shukri Ramli.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Terengganu – Menteri Besar Terengganu (Pas) Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan – Menteri Besar Kelantan (Pas) Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah – Menteri Besar Kedah (Pas) Muhammad Sanusi Md Nor.-SM

 

(Visited 454 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button