Politik

PH sedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain pada PRU-15

PAKATAN Harapan kini giat mengadakan persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 termasuk perbincangan kerusi, manifesto, barisan kepimpinan dan calon, serta strategi untuk memenangi mandat rakyat.

Majlis Pakatan Harapan dalam mesyuarat hari ini mengulangi komitmen bahawa sebagai PH akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH.

Bagaimanapun selaras dengan Ketetapan Port Dickson bertarikh 9 April 2021, Majlis Presiden PH mengambil pendirian terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan perti pembangkang lain di bawah konsep ‘khemah besar’ berdasarkan agenda reformasi dan kepentingan rakyat.

“Usaha menggembleng tenaga tersebut menerusi kaedah ‘khemah besar’ di kalangan ahli pembangkang mesti diberikan keutamaan mengatasi permainan dan percaturan politik kuasa yang diperalat oleh pihak tertentu untuk merebut kuasa dan jawatan yang hanya akan merugikan negara,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Anwar, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Hari ini media melaporkan Pengerusi Pejuang Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti tersebut akan bertanding di 120 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU-15.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak memberi perincian lanjut berkenaan hasrat itu.

Sementara itu Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih ke atas titah perkenan Yang di Pertuan Agong melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua 105 Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson tempoh hari tanpa kira parti dan perbezaan pandangan politik demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Menurutnya, Pakatan Harapan akan meneruskan tugas di Parlimen sebagai Pembangkang yang memberikan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab,

Tugas tersebut sesuai dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong demi memastikan proses semak imbang ke atas kuasa Eksekutif terus dilaksana.

Majlis itu turut melahirkan kerisauan terhadap penularan wabak COVID-19 dengan jumlah kes baharu dan angka kematian harian yang tinggi, di samping usaha pemberian vaksin yang perlu dipertingkat.

Mereka turut risau terhadap masalah ekonomi semasa, termasuk isu pengangguran, pendapatan yang berkurangan, sektor-sektor yang amat terkesan dan perancangan Kerajaan untuk menghidupkan semula ekonomi.-SM

 

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button