Politik

Johor Bukan Kubu Kuat UMNO Tetapi Benteng Perlindungan Geng Tua Dalam UMNO

Sehingga hari ini masih ramai orang-orang tua dalam UMNO berpegang teguh dengan retorik Johor adalah kubu kuat UMNO dan generasi muda pun akan turut sama ‘menyembah’ parti itu.

Namun realitinya dari sudut generasi muda, UMNO adalah sebuah parti yang sudah uzur dan ketar lutut kerana usianya sahaja sudah pun mencecah lebih 75 tahun.

Mungkin ajal parti itu masih panjang tetapi panjang mana sekali pun sekali otak kepimpinan parti sudah tepu, tepu jugalah ceritanya sampai bila-bila.

UMNO mungkin berkata mereka adalah sebuah parti yang bersistematik namun apalah gunanya sistematik itu kalau dalaman UMNO dikuasai orang yang berhati atau beremosi?

Bayangkan sahaja kalau telefon pintar atau komputer dalamannya serupa seperti pemegang jawatan dalam UMNO, sudah pasti esok mahu on, lusa mungkin tak mahu off.

Bak kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada lagi yang boleh diharapkan UMNO dan mengharapkan pada UMNO ibarat membenarkan sistem warisan itu terus berjalan.

“UMNO sekarang telah koyak rabak, mungkin kelihatan agak baik dari luar tetapi di dalamnya dirosakkan oleh macam-macam barah, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

“Kalau mereka kata ‘Johor kubu kuat UMNO’, jangan percaya. Mereka telah kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan mereka dapat memerintah negeri sekarang kerana kita (PN) yang membantu,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam majlis pelancaran jentera PN kawasan Mersing yang disiarkan melalui FB Live malam tadi.

Dalam pada itu, generasi muda bukan sekadar menganggap UMNO hanya didominasi warga tua malah keberadaan ‘kluster mahkamah’ menimbulkan rasa kurang syok.

Kata Muhyiddin, golongan ‘kluster mahkamah’ ini sanggup berbuat apa sahaja agar PRU-15 dapat diadakan dan mereka akan kembali mendapat kuasa untuk memerintah.

Sehubungan itu, setiap calon PN akan diminta mengangkat sumpah untuk tidak melakukan perkara pelik-pelik sekiranya terlibat dalam bidang politik yang sering menjadi perhatian masyarakat.

“Setiap calon diminta mengangkat sumpah yang mereka tidak akan melakukan salah guna kuasa, mengambil rasuah dan melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya jika menang pilihan raya,” katanya.

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button