fbpx


Uncategorized

PH rancang undi tak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat

KRISIS politik negara dijangka akan berpanjangan walaupun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara rasmi telah melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini.

Ini berikutan Pakatan Harapan (PH) akan membuat undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen apabila penggal Dewan Rakyat bermula.

Perkara itu didedahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut beliau undi tidak percaya itu telah diputuskan oleh gabungan tersebut.

“Kita sudah buat keputusan, (akan buat undi tidak percaya) sesegera mungkin. Sama ada 9 Mac ini terserah kepada Parlimen,” katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.

Semalam Yang di-Pertuan Agong dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkenan untuk melantik Muhyiddn sebagai perdana menteri kelapan.


Menurut Ahmad Fadil, Istana Negara telah menerima senarai pencalonan nama bakal Pedana Menteri daripada ketua parti poltik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Katanya, proses itu adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama sebagai bakal Perdana Menteri.

Bagaimanapun dalam usaha terakhir, PH mendakwa telah mendapat 114 sokongan daripada Ahli Parlimennya yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan merancang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Bagaimanapun Dr. Mahathir memberitahu, beliau gagal menghadap Seri Paduka Baginda.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button