Uncategorized

Jika terbukti makan rasuah, boleh hantar kerengga makan saya – Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sanggup dimakan kerengga sekiranya dia terbukti bersalah di mahkamah atas dakwaan mengambil rasuah.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Syed Saddiq dalam siaran langsung di media sosialnya malam tadi selepas menerima cabaran daripada salah seorang pengikut media sosialnya itu.

“Saya nampak saudara Helmi ada komen banyak kali. Terima kasih Helmi. Helmi ni mulut dia agak luar biasa. Tapi dia bercakap dari hati. Itu yang penting dan sebagai anak muda biasalah nakal. Tapi sentiasa bercakap dari hati itu yang penting. Terima kasih Helmi.

“Kalau saya makan duit rasuah dan dibuktikan di mahkamah nanti saudara Helmi boleh hantar kerengga untuk makan saya. Saya takut juga tengok video dia kata takut kena makan kerengga. Berani kerana benar,” kata Syed Saddiq.

Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq, 29, pada 6 Mac 2020, yang ketika itu menjawat jawatan Ketua ARMADA melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana berjumlah RM1 juta, di mana beliau membuat pengeluaran dana berkenaan melalui cek CIMB Bank Berhad bernombor 000108 tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur.

Beliau turut didakwa menyalahgunakan sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM120,000 pada April 2018.

Bagi pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa dengan curangnya melakukan kesalahan itu yang mana dana tersebut dikutip melalui Maybank Milik Armada Bersatu Enterprise. Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank Islamik Berhad, Jalan Pandan, Taman Pandan Jaya antara 8 hingga 21 April 2018.

Dalam siaran langsung itu Syed Saddiq memulakan kempen pendanaan awam (crowdfunding) untuk membantunya membayar kos guaman dan juga wang ikat jamin sebanyak RM330,000.

Menerusi akaun media sosialnya malam tadi, Syed Saddiq memaparkan poster kempen tersebut dan dia bersiaran secara langsung selama 1 jam 18 minit.-SM

 

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button