fbpx
Luar Negara

Pesawat pengebom AS dipintas pesawat Rusia di Laut Hitam

UNIT pertahanan udara Ketenteraan Selatan Rusia baru-baru ini mengesan tiga pesawat udara yang cuba memasuki ruang udara sempadan Rusia di Perairan Laut Hitam.

Empat jet pejuang Rusia bagaimanapun berjaya memintas pesawat pengebom dipercayai milik Amerika Syarikat yang melintasi Laut Hitam.

Memetik laporan Kementerian Pertahanan Rusia, berikutan itu, dua jet tempur jenis Su-27 dan Su-30 telah dikerahkan ke lokasi ruang udara terbabit; kemudian mengenal pasti peaswat yang cuba menceroboh iaitu jenis B-52H yang mana sah ia adalah milik Amerika.

Memetik laporan stesyen televisyen Rusia, Zvezda, selepas pesawat Amerika itu terbang meninggalkan ruang udara sempadan, jet Rusia kembali semula ke lapangan terbang mereka (air base).

Sebagai rekod, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, jet pejuang Rusia menjalankan operasi secara berkala bagi memintas pesawat-pesawat milik Amerika yang terbang di ruang udara sehingga menceroboh ke ruang udara yang tidak sepatutnya di dalam radar mereka. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!