Luar Negara

Covid-19: Kematian di Itali sudah mengatasi China

WALAUPUN wabak Covid-19 bermula dari China, tetapi negara itu hampir berjaya membendung penularannya, berbanding Itali yang jumlah kematian kini sudah melebihi China.

Pada Khamis Itali mencatatkan 427 lagi kematian akibat virus itu menjadikan jumlah kematian yang berpunca daripada Covid-19 di negara tersebut ialah 3,405 orang.

Angka itu mengatasi jumlah kematian di China yang setakat Khamis mencatatkan 3,249 mangsa, kurang 156 dari Itali.

Menurut laporan Al Jazeera, jumlah jangkitan di Itali turut meningkat kepada 41,035 dengan 5,322 kes baharu dicatatkan.

Hampir 220,000 orang setakat ini disahkan positif virus itu di seluruh dunia, dengan sekurang-kurangnya 84,000 orang pulih. – Al Jazeera

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button