Luar Negara

Penyelam sebak temui dua mayat remaja hilang 21 tahun lalu

SEORANG penyelam skuba menangis selepas menemui mayat di dalam kereta yang tenggelam di dasar sungai yang dikaitkan dengan kes kehilangan dua remaja 21 tahun yang lalu.

Erin Foster, 18, dan rakannya Jeremy Bechtel, 17, hilang selepas menghadiri sebuah pesta di Sparta, Tennessee pada 3 April 2000.

Menurut laporan Dailystar, mereka kali terakhir dilihat berada di dalam kereta Erin iaitu sebuah kereta Pontiac 1998, yang telah ditarik keluar dari Sungai Calfkiller selepas ditemui oleh penyelam skuba dan YouTuber, Jeremy Sides minggu lalu.

Polis telah mengesahkan bahawa terdapat mayat manusia yang ditemui di dalam kereta tersebut dan kes telah dibuka semula selepas dua dekad berlalu tanpa petunjuk.

Selepas menemui kereta tersebut di dasar sungai, Sides terus menyelam ke bawah untuk melihat nombor plat, tidak lama kemudian menyedari bahawa itu adalah kereta Erin yang hilang.

Dia tidak dapat mengawal emosi lalu terus mengalirkan air mata.

“Saya kehilangan kata-kata dan saya gembira dapat menemui mereka tetapi saya sangat sedih kerana di situlah mereka berakhir.

“Saya tidak percaya sudah lebih 20 tahun mereka duduk di sana menunggu seseorang untuk mencari mereka dan saya gembira telah melakukannya,” katanya.

Jelasnya, emosinya bercampur baur setelah penemuan itu dan dia serta pasukan penyelamat akan membawa mereka pulang.

Namun begitu, identiti mangsa masih belum dapat dikenalpasti secara menyeluruh walaupun sudah ditemui.

Pihak berkuasa menjangkakan proses untuk menentukan identiti mayat adalah satu cabaran yang besar kerana mayat sudah berada di dalam air untuk satu tempoh yang sangat lama.

Penyelam skuba percaya kereta itu mungkin terbabas ke dalam sungai dan seluruh bandar terjejas dengan tragedi itu. – SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button