fbpx
Nasional

Pertingkatkan kawalan di lorong-lorong tikus – Muhyiddin

PKP: PATI mungkin bolos bawa masuk wabak COVID-19

USAHA untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia dengan menggunakan lorong-lorong tikus di sepanjang sempadan negara kita perlu dibanteras.

Hakikat kemasukan pendatang asing yang mungkin membawa sekali, virus COVID-19 melalui lorong-lorong tikus membimbangkan.

Perkara itu turut disentuh oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumumannya secara langsung sebentar tadi berhubung penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 15 April sehingga 28 April ini.

netizen

Kata Muhyiddin, bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini tetapi negara-negara jiran dan bersempadan dengan kita, turut mengalami situasi yang serupa.


Oleh itu, kata Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Imegresen, RELA dan lain-lain agensi yang berkaitan supaya memperketatkan lagi kawalan di sepanjang sempadan negara.

“Saya nak beritahu, di sepanjang sempadan negara kita ini banyak terdapat lorong-lorong tikus.

“Pendatang asing tanpa izin biasanya bolos menerusi lorong-lorong ini. Jika kita tidak tingkatkan kawalan, mereka mungkin bolos dan membawa virus masuk ke negara kita. Nauzubillah,” kata Muhyiddin. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button