Hiburan

Adoii Jiwaku’ filem perpaduan, bidas segelintir ahli politik yang suka pecahkan belahkan kaum

Satu Jiwa, Semua Sama, Kalau Gaduh, Semua Gila

Filem Komedi ‘Adoi Jiwaku’ merupakan filem perpaduan yang menyatukan semua kaum di Malaysia pada satu layar, membawa mesej ‘kita semua sama’ sekali gus membuka mata segelintir ahli politik yang sering menjadi perpecahan perkauman.

Pengarah Filem Adoii Jiwaku, Steve Yap

Pengarah Steve Yap menghasilkan filem Adoiii Jiwaku yang bakal menjengah pawagam mulai 7 September ini (pada hari ini).

Menurut Yap, isu perkauman yang sering dibangkitkan golongan terbabit membuatkan dirinya terpanggil membuat filem ini untuk menyedarkan ahli politik.

“Sebagai orang Malaysia, saya sudah lalui banyak pilihan raya dan memang ada nampak banyak salah faham dalam kalangan ahli politik.

“Mereka suka mainkan isu kaum dan agama untuk memecahkan kita. Jadi, perkara itu buat saya sakit hati.

“Saya tahu dalam kalangan masyarakat, kita semua tiada masalah dan yang bermasalah itu adalah ahli politik.

“Jadi, saya fikir bagaimana boleh tolong untuk membuatkan masyarakat lebih memahami antara satu sama lain,” katanya pada sidang media malam gala filem Adoiii Jiwaku di Pavilion Bukit Jalil.

Dari Kiri Ram Mohan, Steve Yap dan Ali Aram peneraju watak utama

Bagi penerbit  Lomo Picture Sdn Bhd Aron Koh, Filem ini sesuai untuk semua kaum menonton kerana terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan sekaligus mengharmonikan rakyat Malaysia.

Penerbit Filem Aron Koh dan pengarah Steve Yap

“Filem ini bukanlah filem Melayu, bukan filem Cina bukan filem Tamil, dia filem Satu Malaysia. Saya berharap semua kaum, boleh pergi ke pawagam untuk filem ini supaya kamu tahu apa yang sebenarnya tentang Malaysia.

“Mestilah saya nak memperpaduankan rakyat Malaysia, mempromosi harmoni di Malaysia, itulah kenapa kita ada filem ini.

Walaupun filem ini tiada pelakon popular namun Aron dan Steve berani menampilkan muka-muka baru yang menjadi bintang utama dalam filem ini.

“Sebab mesej yang penting bukan pelakon yang hebat, mesej penting dalam filem tu adalah ceritanya.

“Sebab ia cerita tentang Malaysia. Ia terlibat faham-memahami dan hormat-menghormati antara kaum. Ia merupakan satu filem yang mempunyai pendidikan moral dan terutamanya sesuai untuk anak-anak juga.” Jelasnya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang Aron menyasarkan hasil kutipan filem Adoii Jiwaku sebanyak tiga juta. Dibintangi oleh Amber Chia, Pablo Amirul, Ram Mohan, Ali Arami, Steve Yap, Mark O’dea dan ramai lagi.

Artikle Berkaitan:>

Filem ‘Adoii Jiwaku’ sedia terima kritikan dari orang ramai

 

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button