Nasional

Kedah semak semula kadar cukai taksiran

KERAJAAN negeri Kedah akan menyemak semula kadar cukai taksiran di negeri ini yang kali terakhir dilakukan pada 1993, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Katanya, semakan semula itu perlu dilakukan atas pelbagai faktor antaranya jumlah penduduk yang semakin meningkat selain keperluan menambah baik perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.

“Di Kedah pun tak terkecuali daripada hal ini kerana kita mahu menyampaikan perkhidmatan yang boleh dibandingkan dengan semua bandar raya ataupun majlis-majlis lebih besar di seluruh negara.

“Saya yakin ini kita dapat lakukan lebih lagi, sekiranya cukai taksiran dapat kita semak semula,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini, hari ini.

Mukhriz berkata kerajaan negeri akan mengambil kira semua perkara sebelum memperkenalkan kadar baharu cukai itu termasuk menentukan kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat.

“Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan apa cukai-cukai tambahan, kita tidak akan letakkan bebanan yang terlampau tinggi atas bahu rakyat, pada waktu sama, ada keperluan untuk perkhidmatan disampaikan kepada rakyat dipertingkatkan,” katanya. – BERNAMA

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button