Nasional

Perlukah dikurangkan kompaun RM1,000 terhadap yang ingkar pakai pelitup muka?

PERLUKAH dikurangkan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka? Bimbang jika orang ramai mengambil kesempatan di atas pengurangan kompaun seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sepatutnya kompaun itu dikekalkan dan tidak boleh dibuat rayuan.

Ini adalah bagi memberi pengajaran kepada masyarakat di negara ini agar mematuhi undang-undang dan tidak memandang undang-undang itu sebagai suatu yang remeh, mudah dan boleh dimomok-momokkan.

Walaupun pemakaian pelitup muka (face mask) di tempat awam dikuatkuasakan sejak 1 Ogos lalu dan jika ada individu yang ingar dengan arahan itu, ia bukanlah untuk mendera atau menyeksa orang ramai.

Apa yang dilakukan ini adalah demi kebaikan semua untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sebenarnya, masih ada di luar sana.

Kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kompaun pengurangan RM1,000 itu nanti tidak perlu meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

”Kita kenakan RM1,000 tetapi mereka boleh merayu. Kementerian Kesihatan yang mengeluarkan kompaun boleh memberi pengurangan. Jadi, saya rasa tidak perlu pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa.

“… sedangkan kes sedang berlaku dan tindakan perlu dilakukan sekarang,” katanya selepas melawat tapak mural kemerdekaan dan pasar pagi Slim River, hari ini seperti dilapor BERNAMA.

Beliau berkata, jika perlu pindaan ke atas akta itu, usul akan dibawa ke Parlimen pada sesi akan datang.

Beliau mengulas gesaan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii untuk mengkaji semula denda RM1,000 kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka kerana kadar itu dilihat membebankan orang ramai, khususnya B40 dan pelajar.

Sementara itu, ditanya kewujudan virus Covid-19 dengan mutasi D614G yang 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain di negara ini, Ismail mengingatkan rakyat terus mematuhi SOP.

“Saya dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa virus yang dibawa (kluster) Sivagangga itu telah dapat dikawal, jadi tidak ada lagi penyebaran virus tersebut (bagi kluster itu) di Kedah, Perlis dan sebagainya.”

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, Institut Penyelidikan Perubatan mengesan mutasi D614G dalam 3 kes kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Sivagangga dan satu kes kluster Ulu Tiram.

Katanya, virus Covid-19 dengan mutasi D614G didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain serta mudah merebak jika disebar individu “super spreader”. – SM

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button