Nasional

Allahyarham Fiza Kamarudin selamat dikebumikan

JENAZAH wartawan hiburan, Allahyarham Siti Nor Hafizah Kamarudin atau Fiza Kamarudin yang meninggal dunia di Hospital Charing Cross di London, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur, tengah hari ini.
Jenazahnya dikebumikan pada pukul 12.50 tengah hari dalam suasana penuh pilu dengan kehadiran ramai ahli keluarga dan rakan-rakan.
Kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin, hadir memberi penghormatan terakhir.
Jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari London pada pukul 6.47 pagi sebelum dibawa ke Masjid Kampung Baru untuk disembahyangkan.
Allahyarham yang berusia 40 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Charing Cross, pada pukul 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) akibat pendarahan otak pada 28 Disember lalu.
Beliau menerima rawatan di hospital itu selepas dilapor tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 27 Disember lepas untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti bersama keluarganya. – SM
(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button