Nasional

Oktober mungkin beri kelegaan kepada rakyat Malaysia

BULAN Oktober ini diharap memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia kerana bakal mencapai fasa endemik dengan kadar imuniti kelompok diharap mencapai 80 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini Labuan dan Sarawak sudah mencapai fasa endemik, selain negara lain yang kebanyakannya sudah beralih ke fasa itu dan pengenalan norma baharu untuk hidup dengan lebih sihat serta selamat.

Oleh itu katanya, rakyat juga perlu menerima hakikat sekalipun negara berjaya mengawal pandemik, semua pihak perlu menerima kenyataan akan tiba masanya nanti Covid-19 menjadi endemik.

“Berikutan itu, semua pihak perlu mengambil langkah untuk hidup bersama virus, termasuk mengambil beberapa tindakan seperti perubahan kepada tingkah laku dan usaha mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) berterusan.

“Langkah ini akan membolehkan pelbagai sektor dalam negara dibuka dan kehidupan penduduk negara ini dapat kembali berfungsi seperti sedia kala dalam norma baharu.

“Kerajaan akan umumkan beberapa langkah untuk memudahkan SOP sedia ada supaya tidak terlalu banyak dan rumit. Sebagai persediaan untuk hidup bersama COVID-19, tindakan berikut perlu dilakukan oleh seluruh masyarakat iaitu mengamalkan norma baharu.

“Pemakaian pelitup muka akan diteruskan dan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai perancangan untuk melonggarkan keperluan pemakaian pelitup muka,” katanya pada sidang media pertamanya hari ini.

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button