Nasional

Tun Ali terima kunjungan Pengarah Urusan Gading Kencana, Ir. Guntor

PENGARAH Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Guntor Tobeng telah melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam baru-baru ini.

Kunjungan hormat itu bagi membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan pelaburan dan pembangunan di negeri Hang Tuah itu.

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai pengurusan pelepasan kardon dioksida atau carbon foot print, pelaburan baharu dan pembangunan tanah wakaf di Melaka.

Gading Kencana merupakan syarikat yang terbabit dalam penyediaan sumber tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

Ia juga adalah syarikat pembekal tenaga solar terbesar yang turut menguruskan ladang solar berskala besar yang dikenali sebagai Kompleks Hijau Solar di Melaka. – SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button