Nasional

Syed Saddiq kini ikon makan restoran di Muar

BEKAS menteri muda, Syed Saddiq giat mempromosikan  di akaun twitternya Makan makan Muo Part 2!
Ciapan di twitternya, Highly recommended for a full course date dengan emoji dan tandapagar #ilovefood

Ciapan Syed Saddiq disambut oleh pengguna Twitter Zen’s Daddy @iihsnzlkflee dengan tulisan berbunyi: yall know non-muslims can serve halal food too right???

Ciapan di atas memberi konotatif individual kerana ia boleh juga memberi gambaran yang salah bagi sesetengah pihak.

Pengguna media sosial Twitter Mrs. Worldwide @NanaL terus ‘menghentam’ rakyat di Semenanjung dengan menulis begini: The crazy conservatives in the comments smh. In Sarawak it’s completely normal for Malays to eat in Chinese shops – beserta dengan emoji ketawa.

Di dalam video Twitter Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar, Johor ini singgah dan makan di lima restoran atau kedai makan:


1 – Restoran Shuang Lim Muar

Asam Pedas Parit Jawa

2 – Otak Otak Cheng Boi
Paling fresh dari ladang!

3 – Cafe 1988

4 – Ah Lai Rojak, Tanjung Emas
Truly Malaysian

5 – Mee Siput!

Kudapan wajib Muo

Terpulang kepada individu Muslim untuk makan di restoran yang diusahakan oleh bukan muslim asalkan ada sijil Halal dan beserta dengan logo yang dikeluarkan oleh jabatan agama Islam negeri.

Cuma yang akan menimbulkan satu persoalan besar ialah sekiranya pengusaha restoran bukan muslim, tidak ada sijil Halal yang sah tertera di premis, dikujungi oleh pelanggan muslim.

Seelok-eloknya mempromosikan tempat-tempat makan menarik di sekitar bandar Muar biarlah dilakukan oleh Syed Saddiq tanpa mengundang salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya muslim. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button