Nasionalpilihan

Rama-rama semakin pupus jika tidak dilindungi

Spesis rama-rama di negara ini termasuk Asia Tenggara kini diancam kepupusan menjelang tahun 2100 kata Pengarah Teknikal Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Gerard Wong.

Menurutnya, itu adalah hasil kajian makmal mendapati jika spesis itu tidak dilindungi ia dijangka boleh pupus dalam tempoh 77 tahun akan datang.

Justeru katanya, spesis Rajah Brooke Birdwing adalah antara yang diancam kepupusan termasuk Rama-Rama Kebangsaan atau saintifiknya Trogonoptera Brookiana.

“Usaha kami melalui makmal sedia ada ialah untuk membiakkan lebih 30 spesies rama-rama yang dilindungi kerana kini diancam kepupusan.

“Sehingga bulan lalu, pihak kami berjaya membiakkan kira-kira 100 ekor rama-rama spesis Trogonoptera Brookiana

“Tahun ini, kita sasarkan untuk membiakkan sebanyak 1,000 ekor sebulan bagi spesis rama-rama kebangsaan ini,” katanya baru-baru ini.

Wong berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah kepupusan spesis itu termasuk ancaman kehilangan habitat dan tumbuhan perumahnya akibat daripada penerokaan hutan dan
pembalakan.

Jelasnya, kebanyakkan pokok-pokok perumah spesis ini hanya boleh didapati di hutan-hutan tebal seperti di Pahang, Perak dan Sabah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah menjalinkan kerjasama bersama sebuah universiti tempatan di Pahang dalam bidang Biodiversiti untuk menanam pokok perumah spesis rama-rama kebangsaan di sekitar pusat pengajian terbabit.

Menurutnya itu antara langkah yang diambil untuk memelihara tumbuhan perumah spesis rama-rama kebangsaan.

Beliau menambah di pusat konservasi rama-rama ini, pihaknya giat menanam pokok-pokok atau tanaman perumah di tanah seluas hampir empat hektar di belakang taman ini. – SM

(Visited 239 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button